Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Tiada kelibat Jho Low pada majlis gala amal DiCaprio’
Diterbitkan:  Jul 22, 2016 1:57 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Beberapa jam selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil berkaitan dengan dana 1MDB termasuk kutipan masa depan filem 'Wolf Wall Street' yang diterbitkan pada 2013, bintang utamanya, Leonardo DiCaprio menganjurkan majlis gala amal yang dihadiri bintang-bintang filem di St Tropez, Perancis.

Walau bagaimanapun, akhbar New York Post yang memetik sumber melaporkan rakan rapat bintang Hollywood itu, iaitu hartawan Malaysia Jho Low, tidak hadir.

Melalui artikel bertajuk 'Leo DiCaprio parties as feds go after 'Wolf of Wall Street' profits', akhbar itu berkata Low yang nama sebenarnya LowTack Jho, adalah penderma utama untuk yayasan peribadi DiCaprio.

Pada majlis mengumpul danan tahunan kali ketiga, malam Rabu lalu, yayasan DiCaprio, yang memberi tumpuan kepada penjagaan alam sekitar berjaya mengumpulkan AS$45 juta.

"Pada sambutan tahun lalu, Low mendermakan patung Roy Lichtenstein yang kemudiannya dilelongkan, dan pada tahun 2013, Page Six mendedahkan bahawa beliau adalah antara teman DiCaprio yang membayar wang lebihan untuk botol Champagne semasa parti hari jadi ke-39 pelakon itu di Tao Downtown.

"Lebihan pada minuman keras itu membantu mengumpul AS$3 juta untuk yayasan Leonard DiCaprio,” kata laporan itu.

Low, yang antara individu yang dinamakan dalam saman DOJ, dikenali sebagai rakan rapat keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutama anak tirinya, Riza Aziz.

Syarikat penerbitan filem Riza, Red Granite dituduh menggunakan dana 1MDB bagi pembikinan filem ‘Wolf of Wall Street’.

Akhbar dan majalah hiburan Amerika juga memberi tumpuan ke atas DiCaprio yang diheret dalam kemelut 1MDB.

"Kebetulan atau tidak, DiCaprio kini dalam keadaan sukar dan mungkin berdepan tindakan undang-undang," kata Hollywood Reporter.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS