Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Rakyat dihukum kali kedua bila AS kembalikan dana 1MDB'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengulangi cabaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya membubarkan Dewan Rakyat berikutan pemfailan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, minggu lalu.

Lim mendakwa rakyat Malaysia akan dihukum kali kedua jika kerajaan Amerika merampas aset berkenaan dan memulangkannnya kepada kerajaan yang sama yang menubuhkan 1MDB.

Ini akan memburukkan lagi skandal itu, melainkan jika ada perubahan pada kerajaan persekutuan melalui pilihan raya, katanya.

"Jika mereka kembali wang itu, mereka tidak boleh memberi wang kepada setiap rakyat Malaysia.

"Bagaimana mereka hendak memulangkan wang tersebut? Mereka perlu menyerahkannya kepada kerajaan Malaysia - kerajaan yang sama menubuhkan 1MDB; kerajaan yang sama yang membolehkan wang kita akan dirompak. Boleh atau tidak?

“Sebab itu kita perlu pilihan raya umum yang baru, untuk membolehkan rakyat membuat keputusan sama ada mereka mahu kerajaan BN rasuah, atau kerajaan Pakatan yang bersih," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinan.

Beliau berkata demikian kepada kira-kira 700 orang yang menghadiri majlis makan malam program kempen ‘Sokong, Simpati dan Solidariti bersama Lim Guan Eng 2.0' di Shah Alam, malam semalam.

Walaupun majlis itu bertujuan untuk mendapatkan sokongan untuk Lim, yang menghadapi dua tuduhan rasuah, pencermahan yang hadir lebih memberi tumpuan kepada saman sivil bagi mendapatkan aset AS$1 bilion berkaitan 1MDB di negara itu.

Saman itu bertujuan untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB yang dipesongkan yang kemudiannya digubah melalui sistem kewangan Amerika.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS