Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) awal.

Timbalan presiden PKR itu berkata perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Tidak ada PRN mengejut di Selangor, tidak ada perbincangan mengenainya juga," tegas Azmin sewaktu ditemui pemberita di Taman Melawati sempena Majlis Pelancaran Program Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016 , hari ini.

Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan pemimpin tiga parti komponen dalam Pakatan Harapan pada Ahad bersetuju membubarkan DUN Selangor dan Pulau Pinang untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri awal.

Sumber berkata Azmin juga turut mengarahkan perancangan belanjawan untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut pada petang semalam.

Menurut akhbar itu, pelbagai petanda menunjukkan kerajaan negeri Selangor berhasrat mengumumkan pembubaran DUN bersama kerajaan negeri Pulau Pinang.

Lihat Komen
ADS