Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan Mahathir soal balas Najib

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dua yang lain untuk menyoal-balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes saman RM2.6 bilion.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan bekas Naib Pengerusi Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Abu Bakar Jais memutuskan isu percanggahan pembelaan Najib boleh dikemukakan semula sekali lagi apabila permohonannya untuk membatalkan saman itu didengar.

Keputusan tersebut dibuat di dalam kamar dengan hakim membaca penghakiman 50 muka surat itu.

Peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, walaupun berdepan keputusan hari ini, mahkamah akan mengambil sikap terbuka dalam perkara berkenaan.

"Kami akan mendapatkan arahan daripada anak guam sama ada memfailkan rayuan dan kembali ke mahkamah pada 4 Ogos ini untuk memaklumkan hakim mengenai keputusan kami," katanya.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun pula mengesahkan keputusan tersebut dan berkata Najib tidak perlu lagi hadir di mahkamah untuk disoal-balas.

Pada Mei lalu, Najib gagal untuk mendapatkan penangguhan bagi menfailkan pembelaan ke atas saman tersebut.

Hakim Abu Bakar adalah hakim baru yang dilantik untuk mendengar kes itu selepas Hakim Datuk Rosnaini Saub dipindahkan ke Shah Alam.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS