Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Badan Peguam: Tak wajar AG bela Najib dalam saman DOJ
Diterbitkan:  Jul 28, 2016 5:53 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu menarik diri daripada menjalankan kuasanya sebagai pendakwa raya di bawah Perkara 145 (3) kerana beliau mempamerkan sikap seorang pembuat keputusan yang tidak berkecuali, kata Presiden Badan Peguam Malaysia Steven Thiru.

Beliau berhujah pembelaan Apandi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat adalah tidak wajar.

"Peguam Negara telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang jelas dan konflik kepentingan yang tidak dapat dipertahankan.

"Dia hilang kelayakan - dan oleh itu mesti menarik diri serta-merta - daripada menjalankan kuasa pendakwaan sebagai pendakwa raya di bawah Perkara 145 (3) sekiranya terdapat sebarang cadangan lagi untuk pendakwaan atas tuduhan-tuduhan ini, kerana dia tidak dilihat sebagai pembuat keputusan yang neutral," katanya dalam satu kenyataan media.

Thiru menyatakan kenyataan Apandi baru-baru ini "menyuarakan kebimbangan yang kuat" berikutan tuduhan dan sindiran terhadap PM dan dakwaan salah laku jenayah yang berkaitan dengan
tindakan sivil yang difailkan oleh DOJ".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS