Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan wanita, rampas lebih tiga kilo dadah

Polis menahan seorang wanita berumur 19 tahun di Lapangan Terbang Tawau serta merampas daripadanya dadah seberat 3.164
kilogram bernilai RM450,000, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata wanita itu ditahan
kira-kira pukul 11.15 pagi oleh sepasukan polis Bahagian Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di balai ketibaan lapangan terbang berkenaan sebaik tiba dari Kuala Lumpur.

Katanya dadah jenis syabu berkenaan dijumpai dalam enam tin yang disimpan di sebuah beg hitam yang dibawa wanita itu.

"Hasil pemeriksaan ke atas beg warna hitam yang dibawa suspek, polis
menemui enam tin bertulis '36 PERCENT' dengan setiap tin mengandungi satu plastik yang mengandungi dadah dipercayai jenis syabu," katanya kepada pemberita di Tawau hari ini.

Menurut Fadil dalam beg berkenaan juga pihaknya menemui 23 bungkusan makanan ringan pelbagai jenama dan satu set mainan kanak-kanak.

Katanya suspek yang merupakan seorang warga tempatan itu kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Bernama

Lihat Komen
ADS