Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bakal pengantin maut dalam nahas jalan raya
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 6:24 PM
Dikemaskini: 10:26 AM

Seorang bakal pengantin maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di KM270.5 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban arah utara dekat Nilai pukul 8.45 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Rabbani Mohd Zahid, 28, yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos ini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Mohd Hafidzal Zainal Abidin berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Nissan Almera yang dipandu oleh seorang wanita menghala ke Kuala Lumpur telah berlanggar dengan motosikal mangsa.

"Akibat pelanggaran itu menyebabkan Mohd Rabbani terseret ke lorong kecemasan dan melanggar pembahagi jalan sebelum maut di tempat kemalangan," katanya dalam satu kenyataaan media.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan, seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di KM285.3 Lebuh Raya PLUS berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Elite arah utara dekat Nilai pukul
8.40 pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Azizi Muhamat Nazam, 35, yang beralamat di Port Dickson, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mohd Hafidzal berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur, hilang kawalan lalu terbabas.

"Akibatnya, mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala," katanya.

Mohd Hafidzal berkata kedua-dua mayat mangsa di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama

Lihat Komen
ADS