Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Transformer di kompleks LNG Petronas Bintulu terbakar
Diterbitkan:  Jul 30, 2016 3:37 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Sebuah daripada transformer di Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Bintulu terbakar pada jam 9.40 pagi ini.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Hal Ehwal Awam Malaysia LNG Sdn Bhd berkata kebakaran dipadamkan oleh pasukan bomba dan penyelamat syarikat itu sendiri pada 10 pagi dan semua kerja disambung semula selepas jam 10.15 pagi.

"Tiada sebarang kecederaan berikutan insiden itu," menurut kenyataan ringkas syarikat berkenaan.

Kenyataan itu seterusnya menyebut bahawa pengeluaran LNG tidak terjejas dan punca insiden itu kini disiasat.

Gambar kebakaran itu yang menjadi viral dalam Facebook dan media sosial menjadikan sebahagian daripada warga siber yang tinggal di Bintulu menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS