Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemuda AMANAH rayu Agong titah Najib letak jawatan
Diterbitkan:  Aug 8, 2016 4:42 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, menyarankan Seri Paduka untuk menitahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan berhubung isu 1MDB.

Ini sementara menunggu tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadian (DOJ) Amerika untuk menyita dan merampas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1MDB.

Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan berkata, Seri Paduka boleh menitahkan Najib untuk meletak jawatan, mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

“Memandangkan perdana menteri turut terkait secara langsung dalam skandal tersebut, Ke Bawah Duli Paduka Tuanku sebagai pemerintah bagi persekutuan selaras dengan peruntukan Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan dapat menitahkan perdana menteri supaya meletakkan jawatan,” katanya dalam memorandum itu.

Menurutnya, Seri Paduka juga boleh melantik seorang perdana menteri sementara selaras dengan peruntukan Perkara 40 (2) (a) dan 43 sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

“Kami melihat dan percaya bahawa peranan Ke Bawah Duli Paduka Tuanku tersebut adalah amat penting bagi memulihkan kembali imej negara dan mengembalikan semula keyakinan pelabur demi masa depan negara Malaysia yang gemilang.

“Ia juga bagi menyelamatkan maruah dan integriti negara demi masa depan negara dan rakyat jelata.

“Hanya Ke Bawah Duli Paduka Tuanku dan Duli-duli Tuanku Raja-raja Melayu yang menjadi payung rakyat dan kedaulatan negara mampu untuk bertindak demi menyelamatkan harta negara daripada terus diseleweng serta meletakkan semula pemerintahan yang adil dan berdemokrasi sebagai asas pentadbiran negara,” katanya.

Mohd Sany juga menggesa Yang di-Pertuan Agong suapaya mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengkaji semula keputusan dalam kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB.

“Ke Bawah Duli Paduka Tuanku dapat menitahkan untuk memanggil peguam negara dan mengarahkan supaya siasatan berkenaan skandal 1MDB kembali dijalankan berdasarkan laporan penuh DOJ tersebu selaras dengan peruntukan Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan dengan kerjasama sepenuhnya daripada Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.

Perkara 145 (2) menyatakan peguam negara mempunyai tanggungjawab untuk menasihati Agong dan kabinet mengenai perkara-perkara berkaitan undang-undang dan boleh, dari semasa ke semasa, diberikan tugas berkaitan undang-undang oleh Baginda.

Apandi, Januari lalu membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung wang RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi peribadi perdana menteri dan wang RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, yang juga berada di akaun Najib.

Apandi berkata wang RM2.6 bilion itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi, tetapi beliau tidak menjelaskan mengapa beliau membersihkan Najib mengenai isu SRC International.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS