Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAC: Siasatan 1MDB tak perlu diadakan semula

Siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak perlu diadakan semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin.

Ini, katanya, memandangkan PAC sudah membentangkan laporan yang
komprehensif dan dipersetujui secara konsensus oleh semua anggota jawatankuasa itu sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April lepas.

"Malah, perkara-perkara yang dibentangkan PAC dalam Laporan Pengurusan Kawalan Urus Tadbir Syarikat 1MDB turut dilapor dan diambil media massa serta portal-portal berita dalam dan luar negara.

"Rumusan PAC dalam laporan berkenaan jelas meminta agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan 1MDB yang bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Beberapa pihak telah menggesa supaya siasatan berhubung 1MDB diadakan semula susulan tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada Julai lepas memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS