Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKR: Pembaharuan permit Petronas S'wak juga harus dibeku
Diterbitkan:  Aug 9, 2016 11:14 AM
Dikemaskini: 3:17 AM

Selain pembekuan permit baru untuk pekerja Petronas dari luar Sarawak, PKR mahukan pembaharuannya juga dikenakan tindakan sama.

“Ia tidak harus terhadap kepada permit kerja baru tetapi juga pembaharuan permit kerja (lama) kakitangan Petronas yang bukan penduduk Sarawak,” kata naib presiden PKR Sarawak See Chee How.

Akhbar tempatan melaporkan Petronas tidak lagi boleh mengambil warga negara Malaysia luar Sarawak bekerja di negeri itu selepas Kuching menghentikan pengeluaran permit kerja baru.

Langkah itu berikutan aduan Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri itu walaupun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata Petronas menjelaskan bahawa ia sebahagian usaha mengurangkan kos.

Badan pemikir Sarawak, Suarah Petroleum Group (SPG) mendakwa hanya 39 peratus pekerja pengurusan dan 46 peratus eksekutif dalam operasi Petronas Sarawak diisi rakyat Sarawak.

DAP sebelum ini turut membuat gesaan pembatalan permit sehingga penyertaan rakyat Sarawak dinaikkan hingga 70 peratus.

Langkah itu menyebabkan ramai penduduk di Semenanjung Malaysia dengan Petronas Sarawak akan kehilangan pekerjaan.

Sementara itu, See, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang itu berkata, PKR negeri menyokong langkah negeri yang berkuat kuasa serta-merta itu.

Katanya, Sarawak juga mempunyai ramai pihak yang mampu mengisi jawapan syarikat minyak negara itu.

Lihat Komen
ADS