Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kelab malam Hakkasan nafi terima dana dari 1MDB
Diterbitkan:  Aug 19, 2016 11:12 AM
Dikemaskini: 4:25 AM

Hakkasan Ltd, sebuah syarikat yang mengendalikan kelab malam utama di Las Vegas, menafikan menerima dana daripada 1MDB.

Naib presiden Hakkasan bagi hal ehwal perundangan, Brandon Roos, dalam sepucuk surat kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ) berkata, syarikat itu telah menjalankan "kajian dalamannya sendiri terhadap dokumentasi pembiayaan".

Beliau berkata dalam surat itu bahawa mereka tetap "yakin sepenuhnya bahawa Hakkasan menerima modal daripada dana yang sah di Timur Tengah" yang tidak berkaitan dengan entiti yang terlibat dalam urusan 1MDB.

Roos juga berkata, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengesahkan Hakkasan "bukan subjek atau sasaran penyiasatan mereka terhadap 1MDB."

Hartawan UAE Khadem al-Qubaisi, seorang individu penting dalam siasatan 1MDB, dilaporkan ditangkap oleh pihak berkuasa negara itu minggu lalu. Qubaisi sebelum ini menjadi pengerusi Hakkasan.

Dalam surat yang berasingan kepada WSJ, seorang peguam yang mewakili Hakkasan berkata ketidakterlibatan firma dalam saman sivil itu adalah bukti jelas bahawa DOJ tidak mendapati syarikat itu menjadi "benefisiari atau saluran bagi pengubahan wang yang diperolehi secara tidak sah oleh Qubaisi dan sekutunya."

Sumber-sumber juga memberitahu WSJ bahawa tidak ada dakwaan sebarang salah laku terhadap Hakkasan atau pekerjanya.

Mereka mengesahkan bahawa siasatan AS itu tertumpu kepada tindakan Qubaisi, yang kebanyakannya berlaku dalam bidang kuasa luar pesisir.

Siasatan kerajaan Amerika itu bagaimanapun, berkaitan dengan pembiayaan yang diperolehil Hakkasan ketika atau selepas 2012, apabila sebahagian daripada dakwaan berlaku penipuan yang didakwa membabitkan 1MDB, yang dikatakan melibatkan Qubaisi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS