Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kami akan siasat walaupun laporan polis ke atas saya, kata IGP
Diterbitkan:  Aug 22, 2016 2:57 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan kepada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bahawa beliau sendiri tidak terlepas daripada siasatan polis sekiranya ada laporan polis dibuat terhadapnya.

"Jika ada asas untuk siasatan, sudah tentu ia akan disiasat," kata Khalid kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan terhadapnya kerana didakwa gagal bertindak terhadap jutawan Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.

Naib Presiden PKR itu mendakwa tindakan polis itu berbeza dengan tindakan pantas mereka terhadap pengkritik skandal 1MDB, termasuk dirinya sendiri.

"Saya telah membuat kenyataan tetap mengenai perkara ini dan (kenyataan) yang terakhir adalah bahawa kita sedang berbincang dengan peguam negara sekarang," katanya.

"Rafizi perlu membaca Malaysiakini lebih (untuk mengikuti perkembangan)," kata Khalid.

Minggu lalu, Khalid berkata polis telah menyiapkan fasa pertama penyiasatan mereka ke atas 1MDB dengan memfokuskan lima cadangan oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) seperti diarahkan kabinet.

Beliau berkata polis sedang menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) mengenai perkara itu yang dijangka dikeluarkan dalam satu atau dua minggu.

“Saya jangka dalam satu atau dua minggu ini kerana kertas siasatan itu tebal, banyak benda yang nak kena go through. Jadi makan masa sikit,” beliau dilapor berkata.

Lihat Komen
ADS