Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jika hendak seribu daya, kata Ideas kepada Ku Nan
Diterbitkan:  Aug 23, 2016 12:24 PM
Dikemaskini: 4:43 AM

Jangan menghina polis dengan membayangkan pasukan keselamatan itu tidak boleh dipercayai bagi menjaga keselamatan para pegawai-pegawai awam, kata Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan beliau tidak mahu mengisytiharkan harta kepada umum atas alasan keselamatan.

"Pasukan polis telah menjalankan tugas mereka dengan efektif selama berdekad lamanya dan mereka tidak menghampakan kita.

"Saya yakin mereka akan meneruskan perkhidmatan dengan cemerlang bagi untuk memberi perlindungan yang diperlukan.

"Tunjukkan penghormatan dan kepercayaan kita kepada mereka. Jangan gunakan mereka sebagai alasan untuk menyembunyikan maklumat daripada orang ramai," kata Wan Saiful dalam kenyataan.

Tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab para pegawai awam untuk menzahirkan kebertanggung jawaban kepada pemilih.

"Rakyat menuntut pengisytiharan harta awam sejak zaman bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi namun para pegawai dan ahli politik dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang telah mengelak untuk berbuat demikian.

"Seperti kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih," katanya.

Baru-baru ini, Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno berkata, beliau tidak akan membuat pengisytiharan harta kepada umum kerana bimbang keluarganya menjadi sasaran penjenayah.

Bekas ahli perniagaan itu berkata, ada pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika aset dimilikinya diumumkan secara terbuka.

Antara risiko yang dibimbangi Tengku Adnan ialah kemungkinan isteri atau anaknya akan menjadi sasaran penculik.

"Saya tak akan declare (umum) kepada public (orang awam) kerana saya dulu ahli perniagaan. Saya banyak aset.

"Saya tak akan cerita apa yang saya ada. Saya pun takut barangkali kalau saya declare, anak saya barangkali akan diculik, isteri saya diculik. Macam-macam perkara boleh berlaku. Orang boleh datang merompak," jelas beliau yang lebih mesra dipanggil Ku Nan.

Mengulas lanjut, tegas Wan Saiful, negara-negara lain dengan mempunyai kebimbangan keselamatan yang lebih besar masih mengamalkan pengisytiharan aset awam.

Di Indonesia, jelas beliau, amalan mengisytiharkan aset seseorang telah dilakukan selama bertahun-tahun dan para pegawai awam jarang berasa bimbang tentang keselamatan dan menjadikannya sebab untuk tidak berbuat demikian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS