Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: Rasuah masih hantui aktiviti pembalakan
Diterbitkan:  Aug 24, 2016 6:36 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti pembalakan hutan sama ada sah atau haram memainkan peranan utama dalam banjir lumpur besar di Kelantan pada akhir 2014 dan awal 2015, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel berkata, ganti rugi daripada banjir yang melanda dianggarkan sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata 21 orang kehilangan nyawa mereka dan 200,000 yang lain terpaksa dipindahkan ekoran banjir yang melanda bahagian Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang.

"Antara mangsa utama adalah Orang Asli yang juga terus menghadapi kehilangan rumah dan tanah nenek moyang akibat penebangan hutan yang berleluasa," kata Gabriel selepas menghadiri seminar dua hari mengenai penebangan hutan di zon timur di Bachok, Kelantan, hari ini.

"Walaupun pihak berkuasa telah menekankan bahawa aktiviti penerokaan tanah adalah mengikut undang-undang, dakwaan rasuah terus menghantui proses itu," katanya pada majlis yang turut dihadiri oleh kira-kira 100 orang.

"Kami tetap tanpa kompromi dalam kenyataan kami bahawa pihak berkuasa perlu menangani dakwaan rasuah yang berleluasa dalam pengurusan hutan kita, dan bekerja dengan masyarakat yang terlibat dalam menyelesaikan keadaan," katanya.

Kenyataan Gabriel itu susulan kajian yang dijalankan oleh badan pemantau rasuah itu di Kota Baru dan Gua Musang pada Oktober tahun lepas.

Laporan itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Datuk Moh Samsudin Yusoff dan pengarah perhutanan negeri Zahari Ibrahim dalam satu lawatan susulan dari (dari 16 Mei hingga 18 Mei).

Kajian lapangan itu dijalankan sekumpulan penyelidik bebas dan satu laporan bertajuk 'Wawasan Dalam Industri Pembakalan Kelantan (Keperluan bagi tadbir urus hutan lebih baik) dilancarkan di Pulau Pinang pada bulan April.

Cadangan-cadangan dalam laporan itu termasuk meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam isu-isu yang berkaitan perhutanan dan perlindungan hak-hak Orang Asli.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS