Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Duta China: Pelaburan 1MDB tak ancam keselamatan M'sia
Diterbitkan:  Aug 25, 2016 2:00 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Pelaburan China dalam 1MDB tidak akan menjejaskan keselamatan negara Malaysia, demikian jaminan oleh duta China ke Malaysia, Huang Hui Kang.

Sebaliknya, ia akan membantu Malaysia dalam menstabilkan trend turun naik kewangan negara dan mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua negara, kata beliau.

Huang hadir pada majlis pemberian bantuan kewangan kepada pelajar Utar di kampus universiti itu cawangan Sungai Long, Selangor.

"Sama ada pelaburan atau kerjasama, ia semua berdasarkan kepentingan bersama. Ia telus dan mengikut perundangan Malaysia. China tidak mengaut apa-apa untuk dibawa balik ke China.

"Sebaliknya, ia adalah mengenai membantu Malaysia menstabilkan kedudukan kewangan dan menyumbang kepada kejayaannya," jelasnya.

Ditanya sama ada pelaburan China dalam 1MDB sebagai pertukaran untuk Malaysia membisu mengenai isu-isu tertentu seperti pertikaian Laut China Selatan, Huang menyangkal soalan tersebut.

"Tidak, ia tiada kaitan dengan isu-isu lain. Ia hanya mengenai kerjasama ekonomi," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS