Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan #TangkapMO1 turut diadakan di Australia
Diterbitkan:  Aug 26, 2016 4:18 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Kira-kira 20 pelajar Malaysia di Australia mengadakan himpunan #TangkapMO1, lebih awal daripada perhimpunan utama yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok.

Kumpulan pelajar tersebut berkumpul di Australian National University di Canberra bagi menuntut tangkapan 'Malaysian Official 1' (MO1), individu yang disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

"Perhimpunan itu dianjurkan oleh Malaysian Progressives in Australia (MPOZ) dalam kesepaduan dengan himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur," kata MPOZ dalam kenyataan.

Kebanyakan peserta adalah penuntut Malaysia yang datang dari beberapa universiti di seluruh Australia antaranya Canberra, Sydney, Melbourne dan Perth, jelasnya.

Turut bersama mereka ialah anggota parlimen pembangkang seperti Fuziah Salleh, Zairil Khir Johari, Alice Lau serta Datuk Saifuddin Abdullah yang berada di sana bagi menghadiri persidangan Malaysia Update 2016.

Himpunan #TangkapMO1 dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka, esok.

Pihak penganjur acara tersebut mengesahkan perhimpunan itu akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka ekoran penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS