Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO beri anugerah 'hina intelektual' pada Harussani
Diterbitkan:  Aug 29, 2016 9:21 AM
Dikemaskini: 3:20 AM

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria 'memenangi' kategori 'menghina intelektual' dalam anugerah berkaitan kenyataan-kenyataan dianggap negatif, anjuran sebuah gabungan hak-hak wanita.

Harussani diberikan anugerah dinamakan Anugerah Aiyoh Wat Lah! itu susulan kenyataannya tahun lalu bahawa tiada konsep rogol dalam perkahwinan.

Beliau mengetepikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, walaupun mempunyai dua pencalonan dalam kategori sama.

Anugerah tahunan, yang masuk tahun keenam itu, mengetengahkan komen-komen seksis, misoginistik (antiperempuan), homofobik (antihomoseksual), transfobik (antitransgender) oleh seseorang individu atau institusi.

Kategori 'menghina intelektual' dianugerahkan kepada pihak yang membuat ulasan tidak logik, tidak rasional dan palsu sama sekali.

Harussani pada April tahun lalu berkata konsep rogol dalam perkahwinan tidak wujud kerana isteri tidak boleh menolak kehendak seks suami kecuali datang bulan, sakit dan melahirkan anak.

Katanya, Nabi Muhammad juga berkata isteri mesti patuh walaupun di atas belakang unta.

Kenyataan itu mendapat 56 peratus undi (1,065 undi) oleh orang awam. Masa pengundian dibuat pada 1 hingga 12 Ogos.

Empat pihak dicalonkan untuk kategori ini.

Tiada seorang pun daripada pemenang hadir menerima anugerah itu dalam acara di Petaling Jaya semalam.

Anugerah itu dianjurkan oleh Joint Action Group on Gender Equality (JAG) bersama kumpulan mahasiswa di universiti swasta Gender Equality Initiative (GEI).

Sementara itu, dua kenyataan Najib mendapat 18 peratus dan 16 peratus undi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS