Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis mohon orang ramai bantu kesan suspek bunuh di Kluang

Polis memohon orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki yang dikehendaki bersabit kes bunuh seorang ahli perniagaan di bandar Kluang akhir bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata lelaki terbabit Lee Kok Fei yang memiliki kad pengenalan bernombor 931003-01-5087 merupakan seorang lagi suspek kes tersebut yang masih bebas dan usaha menjejakinya sedang giat dilakukan.

"Lee yang dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh pada 31 Julai lepas dikesan beralamat terakhir di nombor 72, Jalan Bestari 45/2, Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, Johor Baharu.

"Dia turut dikesan pernah tinggal di alamat bernombor 16, Jalan Beladau 43, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, dan nombor 8, Jalan Denai 39, Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram," katanya menerusi kenyataan.

Mohamad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Lee diminta menghubungi polis di talian 07-7784222 atau balai polis berhampiran.

-Bernama

Lihat Komen
ADS