Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Jika jujur, sila lapor keadaan lokap, Namewee
Diterbitkan:  Sep 1, 2016 11:41 AM
Dikemaskini: 3:43 AM

Polis menolak dakwaan penyanyi rap kontroversi Namewee bahawa lokap tempat dia direman empat hari berada dalam keadaan buruk.

Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Ghafar Rajab berkata terhadap prosedur operasi piawai (SOP) yang diguna pakai, termasuk tahanan yang sakit atau tidak sihat dihantar ke hospital.

Beliau juga berkata, jika Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee jujur, dia harus memfailkan laporan polis supaya siasatan dapat dibuat.

Bagaimanapun, Ghafar mengingatkan bahawa pihak yang membuat laporan tidak benar boleh disiasat kembali kerana tindakannya itu.

Wee yang ditahan susulan penghasilan klip video bagi lagu “Oh My God” yang didakwa menghina Islam, antaranya mendakwa, dia ditempatkan bersama 15 tahanan lain daripada Myanmar.

Dia menulis dakwaan itu di Facebook, termasuk mendakwa terdapat tahanan warga asing mungkin meninggal dunia tanpa diberikan rawatan perubatan diperlukan.

“Saya ditempatkan bersama kira-kira 15 pendatang asing Myanmar, yang sudah 30 hari dalam tahanan.

“Mereka ditahan di bilik kecil yang berkeadaan buruk dengan tiada sesiapa jamin keluar mereka.

“Mereka terperangkap di situ kerana majikan mereka telah lari dengan dokumen pengenalan mereka,” tulis Wee pada 27 Ogos.

Tulisan itu kemudian dipadamkan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS