Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Xavier Justo kekal dalam tahanan Thailand
Diterbitkan:  Sep 18, 2016 2:40 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Bekas pekerja PetroSaudi International Xavier Andre Justo dilaporkan akan menjalani baki hukuman penjara tiga tahun di Thailand, dan bukannya diserahkan kepada pihak berkuasa Switzerland.

Akhbar Switzerland  Le Temps memetik sumber yang mendakwa keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri campur tangan dalam proses penghantaran Justo ke Switzerland, semasa lawatan rasminya baru-baru ini ke Bangkok.

Langkah terbaru itu menyebabkan ketegangan hubungan diplomatik antara Thailand dan Switzerland, kata laporan itu.

Switzerland juga akan menghantar menteri luarnya Didier Burkhalter ke Bangkok, untuk mendapatkan penjelasan mengenai keputusan Thailand meneruskan penahanan Justo.

"Tafsiran saya mengenai keputusan ini adalah bahawa ia lebih kepada politik dan bukannya pertimbangan undang-undang.

"Saya fikir pihak berkuasa Switzerland mengelakkan perkara yang paling teruk," kata Christian Lüscher, peguam Justo, seperti yang dipetik oleh Le Temps.

Menurut Le Temps, Thailand menyebabkan tekanan kepada Switzerland untuk tidak menyerahkan Justo ke Malaysia, di mana kehidupannya dikatakan dalam bahaya.

Pada masa yang sama , pihak berkuasa Thai juga dikatakan menolak permintaan pihak berkuasa Swistzerland supaya Justo dipindahkan ke negara itu, dalam langkah kompromi dengan Malaysia.

Justo dilaporkan tahun lepas menyediakan dokumen-dokumen di sebalik kebocoran yang membawa kepada dakwaan penyalahgunaan berbilion ringgit daripada 1MDB.

Dia dikatakan mencuri maklumat dari PetroSaudi dan kini menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Thailand kerana cubaan peras ugut dan mengugut bekas majikannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS