Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi harus menyerah diri atau berdepan ditahan pihak polis kerana dakwaan tweet beliau yang menyinggung banyak pihak berkaitan kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

"Jika beliau (Ooi) mahu menjadikannya perkara yang lebih mudah, hanya serah diri.

"Jika tidak, kita (polis) akan cari dia," kata Khalid kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Khalid sebelum itu mengesahkan Ooi disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mewujudkan ketidakharmonian, pepecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, berniat jahat atau prasangka yang menjejaskan keharmonian atas alasan keagamaan.

Khalid merujuk kepada tindakan Jeff Ooi yang menulis 'Adios Harun Din. Let there be peace' di twitternya mengenai kematian arwah Haron Din.

Jeff Ooi kemudian menjelaskan di twitter itu bahawa maksud 'Adios' dalam bahasa Sepanyol ialah 'farewell' dan dalam Bahasa Malaysia sebagai 'selamat jalan'.

Dalam perkembangan berkaitan , dua individu telah ditahan kerana membuat komen-komen negatif berkaitan dengan kematian pemimpin PAS berkenaan.

Pihak berkuasa mendakwa catatan sedemikian menghina Islam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS