Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Agihan kerusi punca Azmin belah bahagi bubar DUN
Diterbitkan:  Sep 21, 2016 1:44 PM
Dikemaskini: 5:48 AM

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menolak keperluan mengadakan pilihan raya awal dengan alasan tindakan itu mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Ini susulan gesaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mahu pilihan raya mengejut diadakan memandangkan persempadanan semula yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, sumber PKR, menurut beberapa laporan berita, menunjukkan masalah agihan kerusi sebagai antara sebab di sebalik keengganan timbalan presiden mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya awal.

Berikutan ‘kematian’ Pakatan Rakyat, parti-parti pembangkang, kecuali PAS, bergabung semula sebagai Pakatan Harapan.

Pada masa ini, kerajaan Selangor juga diwakili oleh ADUN dari kedua-dua PAS dan parti serpihannya AMANAH yang bertelagah.

Ini menjadikan rundingan agihan kerusi sesuatu yang mencabar.

Memburukkan masalah ini adalah kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mungkin mahu bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Berdasarkan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PKR tahu jika ada pertandingan tiga penjuru, BN akan muncul sebagai pemenang," kata sumber yang dipetik oleh akhbar Oriental Daily News.

"Oleh itu, PKR berharap hanya akan ada pertandingan satu lawan satu.

"Dengan rundingan kerusi belum dijalankanan, bagaimana kita mahu membuat persediaan untuk pilihan raya semula?" soal sumber itu.

Pagi ini, DAP Selangor juga menggesa supaya pilihan raya mengejut diadakan, dengan mendakwa adalah "bodoh" untuk mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula.

Pembangkang menawan Selangor pada pilihan raya umum 2008 dan terus mengekalkan cengkaman mereka pada pilihan raya 2013.

Darpada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor, Pakatan Harapan mempunyai 29 kerusi, PAS 13 dan BN 12. Dua lagi kerusi diwaklili calon Bebas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS