Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cabul pengawal keselamatan, pemandu teksi dipenjara 11 bulan

Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencabul
seorang pengawal keselamatan sekolah bulan lepas.

Zakariya Rulil, 53, mengaku bersalah di hadapan Majistret Husna Dzulkifly kerana melakukan gangguan seksual ke atas wanita berusia 23 tahun itu di Jalan Kuching di Kuala Lumpur ketika dia menaiki teksi untuk ke tempat kerja pada 31 Ogos kira-kira 7 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Menurut fakta kes, tertuduh memasukkan tangan kirinya ke dalam baju wanita tersebut dan terkejut dengan insiden itu, mangsa memarahi Zakariya dan mendesak tertuduh menghantarnya ke tempat kerja dan apabila hampir tiba di destinasi, tertuduh sekali lagi mencabul mangsa.

Semasa merayu, Zakariya yang tidak diwakili peguam meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan dan menyesali atas perbuatannya.

Timbalan pendakwa raya Ahmad Zikri Jaafar, meminta mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana wanita sering mengalami gangguan seksual.

Beliau berkata insiden itu menyebabkan mangsa takut untuk menaiki teksi sebagai kaedah pengangkutan pada masa depan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS