Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kementerian Luar Negeri telah menerima laporan rasmi mengenai kes pelajar Malaysia, Cik Nur Shakinah Naim, yang dilaporkan
hilang dari kediamannya di Perancis.

Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam di Kedutaan Besar Malaysia Perancis mengesahkan bahawa:

1. Cik Nur Shakinah Naim, 19 tahun, merupakan pelajar kejuruteraan di
Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Normandy;

2. Cik Nur Shakinah Naim adalah pelajar tajaan JPA; dan

3. Pelajar ini telah hilang dari kediamannya sewaktu tengah hari pada 25 September 2016, dan ini telah dilaporkan oleh rakan serumahnya kepada pejabat kedutaan Malaysia pada malam yang sama.

Sebaik sahaja menerima laporan kehilangan tersebut, wakil kedutaan telah bertolak ke Rouen bagi menyelaras perkara ini dan melaporkan kes kepada pihak berkuasa tempatan.

Ini telah dilakukan pada hari yang sama, dan usaha sedang
giat dijalankan untuk mengesan Cik Nur Shakinah Naim dengan bantuan agensi tempatan.

Kedutaan Besar Malaysia di Paris berhubung rapat dengan pihak berkuasa Rouen dan akan memaklumkan mengenai perkembangan kes ini sewajarnya.

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NIZAM HALIMI
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri
Emel : [email protected]

-Bernama

Lihat Komen
ADS