Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis: Ancaman bom palsu tiada kaitan dengan Daesh
Diterbitkan:  Oct 1, 2016 5:32 AM
Dikemaskini: 10:06 PM

Ancaman bom palsu di bangunan Bursa Malaysia Berhad dan di Kuil Kortumalai Sri Ganesar di ibunegara semalam didapati tiada kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

"Ancaman bom palsu itu didapati tidak ada kaitan dengan Daesh setakat ini, tetapi kami akan menyiasat perkara ini dari keseluruhan aspek.

"Polis memandang serius terhadap sebarang laporan ancaman bom di negara ini dan saya meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas," katanya kepada Bernama.

Pada tengah hari semalam, Bursa Malaysia menerima panggilan ancaman bom, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan bangunan itu dan kuil yang berdekatan dikosongkan serta-merta sebagai langkah keselamatan.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan ancaman bom yang diterima adalah palsu dan polis sedang mengesan orang yang membuat ancaman itu.

Pemanggil yang tidak dikenali telah berkata akan berlaku letupan di kedua-dua lokasi itu selepas solat Jumaat.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS