Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kisah hidup pemenang pingat Paralimpik M'sia yang pertama
Diterbitkan:  Oct 1, 2016 9:45 AM
Dikemaskini: 1:55 AM

Atlet paralimpik Mariappan Perumal, 58, memenangi pingat Paralimpik Malaysia yang pertama pada tahun 1988, semasa temasya sukan itu di Seoul, Korea Selatan, dan kemudian sebutir lagi pingat pada 1992 (di Barcelona, ​​Sepanyol).

Dan Inilah kisah hidupnya.

Apabila saya mula melibatkan diri dalam sukan angkat berat pada tahun 1980, tidak pernah terlintas di hati saya yang ia akan membawa kesenangan dalam hidup saya kerana saya tahu ia bukan satu sukan yang terkenal, dan saya atlet kurang upaya.

Namun saya memilih untuk meneruskan latihan, dengan harapan satu hari nanti nama saya akan menjadi sebutan ramai yang boleh membawa perubahan kepada dunia sukan.

Akhirnya saya berjaya memenangi dua pingat gangsa untuk Malaysia.

Namun inilah kehidupan saya, tinggal di bilik yang kecil ini tanpa ada apa-apa untuk ditawarkan kecuali cerita saya ini.

Saya adalah seorang atlet paralimpik sebanyak tujuh kali, penjual ais krim, tukang jahit dan juga atendan lif.

Ia menjadi sebahagian daripada masa yang amat sukar, saya masih rasakan seperti saya telah dipergunakan seperti sehelai kain buruk.

Saya tidak tandatangan autograf untuk sekian lamanya, ini adalah kali pertama dalam kira-kira tempoh lima tahun.

Saya cuba untuk tidak mengeluh, tetapi ianya sukar apabila terdapat empat lagi mulut, selain saya, untuk diberi makan.

Anak-anak saya masih bersekolah dan anak lelaki saya mahu menjadi atlet angkat berat seperti saya. Dia juga mengantung gambar Arnold Schwarzenegger di dinding.

Bagaimana saya hendak menunjukkan kepadanya bahawa ia mempunyai masa depan yang cerah apabila saya sendiri tinggal di tempat sebegini?

Hati saya luluh apabila memikirkan tentang perkara ini, tetapi saya benar-benar bersyukur atlet kurang upaya kini mendapat layanan yang sama seperti atlet biasa, dan mereka memang layak untuk menerimanya.

Saya ingin memastikan atlet lain tidak dilupakan seperti mana diri saya. Atlet-atlet bekerja keras sepanjang hidup mereka, dan mereka sememang berhak mendapat yang terbaik.

Kisah ini pertama kali disiarkan di laman Facebook Human of Kuala Lumpur. Ia disumbangkan oleh Mei Alexandra.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS