Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Baju Merah banjiri Gurney Drive, protes anti-BERSIH, anti-LGE

Kumpulan berbaju merah yang sebahagian besarnya pemuda Melayu, membanjiri ikon pelancongan Gurney Drive, dengan kebanyakannya bermotosikal, menyebabkan bunyi bising dan kesesakan lalu lintas di sekitar bulatan Gurney.

Sebahagian daripada anggota kumpulan itu, menunggang motosikal mengelilingi bulatan itu dan membunyikan hon dengan kuat pada orang ramai yang lalu lalang di situ.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal mendakwa mereka berjumlah kira-kira 5,000 pemuda dari seluruh Pulau Pinang yang "bangkit untuk menentang" Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung tuduhan rasuah terhadapnya.

Rafizal berkata kumpulan itu mempunyai dua permintaan.

Pertama, mereka mahu Guan Eng meletak jawatan atas tuduhan rasuah terhadapnya. Katanya, pembangkang telah mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun beliau tidak didakwa.

Keduanya, katanya, mereka mahu polis menolak perhimpunan BERSIH 5 yang matlamatnya adalah untuk menjatuhkan perdana menteri.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu bertelagah dengan mereka tapi jika BERSIH 5 diteruskan, mereka akan berdepan dengannya.

Kumpulan itu terus melaungkan "Hidup, Hidup" dan "Undur Guan Eng, Undur Perasuah", "Hancur DAP!" dan "Hidup Pemuda".

Perhimpunan itu berakhir dengan aman selepas 30 minit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Meor Faridalatrash mengarahkan kumpulan baju merah itu bersurai, manakala beberapa anggota Unit Simpanan Persekutuan mengiringi penceramah dari pentas sementara.

Kumpulan itu pada mulanya merancang untuk pergi ke Komtar untuk mengadakan perhimpunan, tetapi Rafizal berkata kerana ia hari cuti, maka mereka akan mengadakan perhimpunan di sana suatu masa yang lain".

Komtar menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang berada. Pejabat Guan Eng terletak di tingkat ke-28.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS