Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
20 cedera helikopter TUDM terhempas di sekolah
Diterbitkan:  Oct 4, 2016 10:54 AM
Dikemaskini: 5:52 AM

Seramai 14 anggota tentera cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau selepas sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di Tawau pagi tadi.

Kejadian dilaporkan merosakkan bangunan Pusat Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di Tawau.

Memetik keyataan Penolong Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Sahidi Mahali Bernama melaporkan dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, lima pelajar dan seorang pekerja kantin turut cedera.

Difahamkan kejadian berlaku ketika helikopter berkenaan cuba hendak mendarat di atas padang sekolah berkenaan. Kemalangan itu turut menyebabkan satu daripada bilah kipasnya terpelanting kira-kira 200 meter. 

Sementara itu, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media mengesahkan helikopter Nuri itu terhempas di SMK Balung Tawau ketika cuba melakukan pendaratan kecemasan di padang sekolah ada pukul 9.30 pagi tadi.

Ia membawa 14 kru termasuk seorang juruterbang. Semua anak kapal helikopter itu selamat, walaupun juruterbangnya dilaporkan cedera akibat tersepit dan berjaya dikeluarkan.

Helikopter tersebut dilaporkan berlepas dari pangkalan pada pukul 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian biasa.

TUDM telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan mengawal kawasan sebelum mengambil tindakan bagi membawa keluar helikopter.

Sebuah pasukan penyiasat juga ditubuhkan oleh TUDM bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, Bernama melaporkan sekolah berkenaan ditutup hari ini bagi membolehkan pihak polis melakukan pemantauan.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus memberitahu pemberita di tempat kejadian, pihak bomba dan penyelamat serta agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam dan Hospital Tawau telah membuka pusat kawalan operasi bagi menjalankan tugas pemantauan.

Beliau berkata turut memantau ialah Jabatan Pendidikan Negeri.

"Kita mendapat laporan terdapat beberapa pelajar trauma susulan kejadian itu kerana ia berlaku ketika sesi pembelajaran," katanya.

Difahamkan sebuah dewan sekolah yang sedang dalam pembinaan turut terjejas.

Seorang guru yang enggan dikenali berkata beliau sedang mengajar apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat yang saya agak datang tidak jauh dari pejabat guru," katanya.

Lihat Komen
ADS