Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pilih kebebasan bukan penindasan, rayu Anwar dari penjara
Diterbitkan:  Oct 13, 2016 12:23 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Menulis di sebali tirai besi, mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buloh merayu rakyat negara ini supaya bangkit dan memilih kebebasan dan bukannya membiarkan diri mereka ditindas seperti keadaan hari ini.

"Sebahagian besar rakyat kita mahu demokrasi. Saya dipenjarakan untuk mengalang pakatan pembangkang daripada menyatukan rakyat majmuk ini mencapai menjadi sebuah Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

"Rakyat Malaysia yang mahu Perdana Menteri Najib (Razak) dan kerajaan bertanggungjawab terhadap salah laku mereka dan membawa perubahan memerlukan sokongan lebih bermakna daripada masyarakat antarabangsa," kata Anwar dalam sebuah ulasan untuk akhbar The Washington Post di Amerika Syarikat.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau telah mengorbankan segala-galanya dalam perjuangan untuk membebaskan Malaysia dari apa yang beliau percaya adalah rejim pemerintah yang menindas rakyat kerana mempercayai bahawa negara ini boleh mencapai tahap lebih tinggi.

Beliau berharap bahawa rakyat juga akan melihat kemampuan mereka untuk menjadi lebih besar dan tidak tunduk menjadi sebuah negara yang gagal.

"Pemenjaraan adalah pengorbanan saya dalam perjuangan untuk pendemokrasian negara tercinta ini.

"Walau bagaimanapun, pertaruhan Malaysia adalah lebih besar berbanding sekadar kebebasan peribadi saya.

"Persoalannya sekarang ialah sama ada Malaysia, sebuah negara yang mempunyai potensi besar, akan bangkit menjadikannya kenyataan, atau sama ada sebaliknya menjadi sebuah negara gagal?” soal Ketua Umum PKR itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS