Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baju Merah pilih kerja kebajikan esok, sesah BERSIH kemudian
Diterbitkan:  Oct 14, 2016 11:22 PM
Dikemaskini: 3:27 PM

Pergerakan Baju Merah tidak akan berdepan dengan peserta BERSIH esok kerana mereka akan sibuk dengan kerja kebajikan.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang menerajui pergerakan itu, berkata pihaknya akan bergotong-royong membantu penduduk kampung yang sedang diancam oleh air pasang besar yang dijangkakan esok.

“Esok gerakan (baju) merah V2 tidak akan menentang roadshow BERSIH 5 yang dikhabarkan akan berarak daripada Kuala Selangor ke Sekinchan kerana kami menumpukan kerja kebajikan untuk rakyat Sungai Besar dan Selangor bagi berhadapan dengan fenomena air pasang besar yang dijangka akan berlaku pada 15 hingga 19hb Oktober.

“Lepas tarikh itu kami akan sesah BERSIH kuning sampai...,” tulisnya di Facebook tanpa menghabiskan ayat itu.

Jamal turut mempersoalkan apa yang dilakukan oleh BERSIH ketika penduduk tempatan diancam oleh air pasang besar.

Sementara itu, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim menolak dakwaan Jamal, yang berkata segala persiapan menghadapi air pasang besar sudah disiapkan.

"Orang saya yang membuat segala persiapan. Beg pasir dan lain-lain telah ditempatkan di kampung manakala jambatan juga dibaiki.

"Jelajah BERSIH akan berjalan kerana tuntutan untuk pilihan raya yang bersih dan adil ini adalah untuk kepentingan semua rakyat," katanya.

BERSIH kini sedang mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk membina momentum sebelum perhimpunan bulan depan.

Kumpulan Baju Merah, yang mengancam untuk bertembung dengan peserta BERSIH 5 pada perhimpunan 19 November depan juga telah mengganggu siri jelajah itu.

Kumpulan Baju Merah dan aktivis BERSIH telah bertembung selama dua hujung minggu lalu apabila Jamal dan pengikutnya cuba menyekat konvoi baju kuning.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS