Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib tempelak Dr M lagi, kata pengangkutan awam diabaikan

Pengeluar kereta tempatan, Proton Holdings Bhd sering tersepit di tengah-tengah pertembungan yang berlaku antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam ucapannya sebentar tadi Najib sekali lagi membangkitkan isu tersebut apabila menuduh pemimpin terdahulu yang tidak dinamakan telah mengabaikan pengangkutan awam hanya kerana mahu melambakkan kereta Proton di jalan raya.

"Tanpa mengatakan yang tidak baik ke atas pemimpin terdahulu yang mengetuai kerajaan selama 22 tahun, tidak ada tumpuan yang mencukupi pada pengangkutan awam. Tumpuan adalah kepada lebih banyak kereta, lebih banyak kereta penumpang, lebih banyak kereta Proton di jalan raya. Sudah tentu, ada had.

"Tak salah menjual lebih banyak kereta penumpang tetapi perlu mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap, boleh dipercayai dan berpatutan mana-mana sahaja di dunia," ujar beliau ketika melancarkan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 di Kuala Lumpur.

Minggu lalu, Mahathir mendakwa disekat daripada berhubung dengan kakitangan syarikat Proton.

Kata bekas perdana menteri itu, orang-orang Proton juga tidak dibenarkan bercakap dengan beliau peniaga di kalangan kenalanya tidak dibenarkan pengadakan 'business' dengan Proton.

"Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.

"Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100 peratus supaya industri kereta nasional dihapuskan.

"Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati," kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menafikan dakwaan tersebut dan mengingatkan Mahathir mengenai pinjaman kerajaan yang besar kepada Proton untuk mengubah nasibnya.

Dalam ucapannya hari ini, Najib menggariskan beberapa pencapaian dan kerja-kerja sedang dijalankan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam Malaysia khususnya dalam bidang pengangkutan kereta api, bas dan perkhidmatan teksi.

Antara lain, beliau mendakwa Keretapi Tanah Melayu Bhd semakin hampir untuk mencatatkan keuntungan buat kali pertama semenjak negara mencapai kemerdekaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS