Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
12 majlis tempatan fail bantahan persempadanan semula
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 12:57 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Semua 12 majlis tempatan di Selangor memfailkan bantahan terhadap persempadanan semula di kawasan masing-masing, seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahkli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Derek Fernandez juga mendakwa bahawa tidak ada satu pun majlis tempatan dirujuk sebelum SPR menerbitkan cadangan mereka.

"Adalah mustahil bagi SPR menjalankan kajian yang tepat selepas lapan tahun apabila ia tidak berunding dengan majlis tempatan dan kerajaan negeri yang terlibat.

"Khususnya, apabila cadangan ini dengan ketara membabitkan kerajaan tempatan, menyebabkan kesulitan kepada ramai dan menjejaskan hubungan dan memberi kesan kepada dasar perancangan sosial pelbagai kaum MBPJ dan kerajaan negeri," kata Fernandez pada satu sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada 11 majlis tempatan lain dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Fernandez berkata mereka juga memfailkan bantahan kerana SPR masih belum menjelaskan justifikasi persempadanan semula yang dicadangkan serta metodologi walaupun permintaan bertulis sudah dibuat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS