Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS memutuskan tidak menyertai BERSIH 5 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta BERSIH 4 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.

"Selain dilihat sudah 'lari' daripada fokus asal, kami juga tidak menafikan tindakan peserta pada BERSIH 4 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas ceramah 26 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan - Membangun Bersama Islam di Kota Bharu malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Takiyuddin berkata PAS memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan BVERSIH 5 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama.

- Bernama

Lihat Komen
ADS