Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan naikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 5:22 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam dinaikkan daripada serendah RM120,000 kepada RM200,000 manakala pinjaman paling tinggi pula daripada RM600,000 kepada RM750,000.

“Selain itu, kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal untuk penjawat awam akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000,” kata Najib ketika membentangkan Bajet 2017 di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut mengumumkan kemudahan pembiayaan untuk pembelian komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar dengan had pinjaman sehingga RM5,000 untuk setiap tiga tahun.

“Kontrak pegawai penjawat awam yang terlibat dengan contract of service dan contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, akan dilanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.

“Selain itu, sebanyak 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000,” katanya.

Lihat Komen
ADS