Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ceramah BERSIH bertembung baju merah di Pulau Pinang

Ceramah yang diadakan oleh BERSIH di Bukit Gedung, Pulau Pinang malam tadi telah terganggu dengan kehadiran kira-kira 50 individu berbaju merah yang bertindak berkumpul di seberang jalan.

Kumpulan baju merah itu memulakan ceramah mereka pada jam kira-kira 9.45 malam tadi ketika Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon sedang menyampaikan ucapan beliau di lokasi yang sama.

Suara mereka hampir menenggelamkan ucapan Rashid.

Tidak terhalang dengan tindakan sedemikian, Rashid yang juga ADUN Pulau Jerejak dari PKR menyeru para peserta pada majlis ceramah itu untuk melaungkan "BERSIH! BERSIH!".

Kumpulan baju merah, bagaimanapun, menegaskan BERSIH menamatkan ceramah jika 'tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku'.

Kumpulan berkenaan juga melaungkan "Undur, undur!" dan "Hancur, hancur!".

Beberapa anggota polis dilihat berada di situ untuk memantau keadaan.

Artis Leman Raja Lawak yang berada di acara BERSIH memberitahu mereka yang hadir untuk mengabaikan baju merah walaupun kumpulan itu terjerit-jerit pada peserta BERSIH menyuruhnya pulang ke rumah.

Ahli Sekretariat BERSIH, Mandeep Singh berkata, ini adalah kali kedua beliau disambut oleh kumpulan baju merah di pulau mutiara itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS