Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PP, S'gor juga senarai hitam firma tertentu, kata Rahman
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 8:57 AM
Dikemaskini: 3:26 AM

Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor juga menyenaraihitamkan banyak syarikat yang dikaitkan dengan parti-parti politik tertentu, dakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi berkata sedemikian selepas dituduh menyalahguna kuasa untuk mengarahkan pemeriksaan latar belakang syarikat untuk memastikan mereka tidak menaja BERSIH.

"Amalan yang sama berleluasa dalam negeri ditadbir pembangkang atas sebab-sebab yang rapuh," ujar Abdul Rahman kepada Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi.

"Saya tahu boss kamu ada senarai syarikat yang sengaja diketepikan hanya kerana mereka dari pihak-pihak tertentu dengan mendakwa itu sebagai hak-hak prerogatif," kata Rahman di Twitter.

Beliau mengulas kenyataan Ooi yang berkata Rahman mengancam untuk menyalahgunakan kuasanya dalam kempen menentang BERSIH.

Ooi turut mencabar Abdul Rahman untuk mengemukakan bukti kerajaan Pulau Pinang dan Selangor mengamalkan diskriminasi yang sama.

Semalam, Abdul Rahman EPU dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.

Dalam tweetnya semalam, Abdul Rahman berkata, beliau bersetuju dengan pandangan ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia yang mahu kerajaan menyenarai hitamkan syarikat terbabit.

"Masa untu berlembut dan bertoleransi sudah berakhir. Syarikat yang membantu gerakan mengugat keselamatan ekonomi negara akan saya pulau.

"Enough is enough (cukup-cukuplah)," tambah beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng berkata, dunia perniagaan dan politik sepatutnya diasingkan dan tidak dijadikan mangsa.

Ia seperti mana kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang masih berurusan dengan syarikat-syarikat yang memang diketahui mempunyai kaitan rapat dengan BN, jelasnya.

"Bolehkah Abdul Rahman menamakan satu syarikat penaja BN yang telah disenaraihitamkan oleh kedua-dua kerajaan negeri ini?

"Abdul Rahman patut menarik balik ugutannya dan memohon maaf sekiranya beliau tidak mampu memberi walaupun satu nama syarikat yang dilayan buruk oleh kerajaan Pulau Pinang dan Selangor hanya kerana perbezaan politik," tambah beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS