Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kadar penembusan jalur lebar M'sia capai 76.8%
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 2:26 PM
Dikemaskini: 6:30 AM

Kadar penembusan jalur lebar isi rumah di seluruh negara mencapai 76.8 peratus sehingga suku kedua tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan lagi penembusan jalur lebar dengan peruntukan RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lepas.

"Kita akan memastikan kawasan di negara ini mendapat manfaaat daripada peruntukan berkenaan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Jailani menjawab soalan tambahan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang ingin tahu bila penembusan jalur lebar akan dapat meliputi seluruh kawasan di negara ini.

Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan liputan dan kualiti jalur lebar seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat pada pembentangan Bajet 2017.

Menjawab soalan asal Jumat mengenai perancangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia memperluaskan jaringan internet di kawasan tanah tinggi seperti di Inanam, Sabah, Jailani berkata setakat ini sebanyak 6,584 sambungan port telah tersedia di bawah projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di kawasan itu.

Katanya sebanyak 49 struktur komunikasi juga telah tersedia yang dapat memberi liputan jalur lebar mudah alih di kawasan berkenaan.

"Dengan terlaksananya kesemua inisiatif ini, capaian untuk jaringan internet dapat dipertingkatkan, sekali gus memanfaatkan penduduk setempat yang tinggal di Parlimen Sepanggar yang meliputi kawasan tanah tinggi seperti di Inanam," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS