Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berada di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan Bajet 2017 hari ini.

Najib bingkas bangun meninggalkan Dewan Rakyat tidak lama selepas menjawab soalan semasa sesi Soal Jawab Menteri.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada beliau bertindak begitu untuk bergegas ke Johor Bahru ekoran kebakaran melibatkan Hospital Sultanah Aminah pagi tadi.

Berdasarkan pemerhatian lalu, Perdana Menteri kebiasaannya meninggalkan Dewan Rakyat selepas menjawab satu atau dua soalan yang ditujukan kepada beliau.

Hal ini pastinya menjadi sesuatu yang jarang-jarang berlaku ketika beliau hadir di Dewan Rakyat.

Dua tahun lalu, Anggota Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa mendedahkan Najib hanya dihadir di Dewan Rakyat sebanyak 26 daripada keseluruhan 358 hari sidang berkenaan, dari hari pertama beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 sehingga 17 Jun 2014.

Rekod kehadiran Najib tersebut tidak pula bertambah baik sejak dari itu.

Sementara itu, kehadiran dalam Dewan Rakyat juga adalah rendah apabila perbahasan belanjawan bermula sejurus selepas 12 tengahari dengan kurang daripada 30 ahli parlimen yang hadir.

Tiada seorang pun menteri atau timbalan menteri yang dilihat berada dalam dewan tersebut pada sesi berkenaan.

Bagaimanapun, hal seperti ini bukan sesuatu yang asing semasa perbahasan bajet yang bakal yang berlangsung selama dua minggu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS