Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ternakan ikan: Exco P Pinang tolak dakwaan Gerakan
Diterbitkan:  Oct 25, 2016 3:37 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

Pendedahan terbaru oleh Gerakan mengenai aktiviti ternakan ikan di Pulau Pinang yang disifatkan sebagai 'mendedahkan penipuan ketiga' oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng ditolak oleh Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.

Afif yang memegang portfolio jawatankuasa pertanian dan industri asas tani, pembangunan luar bandar dan kesihatan berkata, dakwaan Ketua BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow tidak boleh digunakan dalam membuat perbandingan pencapaian 50 tahun oleh BN dengan sembilan tahun oleh Pakatan HARAPAN di pulau mutiara itu.

"Dalam tempoh sembilan tahun di bawah HARAPAN, dasar-dasar baru telah dilaksanakan termasuk beberapa program untuk meningkatkan kehidupan rakyat termasuk yang membabitkan sektor ternakan ikan," ujar Afif yang juga timbalan ketua pemuda PKR kebangsaan dalam kenyataan.

Afif merujuk kepada kenyataan Teng semalam yang mengatakan Lim berbohong mengenai pencapaian HARAPAN dalam industri penternakan ikan.

Teng yang juga Pengerusi Gerakan negeri itu menunjukkan jadual mengenai aktiviti penternakan ikan yang telah sedia wujud semasa pemerintahan BN.

Merujuk kepada laporan media yang memetik Lim yang mengatakan penternakan ikan di Pulau Pinang hanya bermula selepas tahun 2008, Teng menyelar Lim sebagai berbohong.

"Di bawah prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus), kerajaan negeri telah mempermudahkan proses permohonan lesen untuk menjalankan aktiviti penternakan ikan," kata Afif yang juga ADUN Seberang Jaya.

"Semenjak tahun 2008, kerajaan negeri telah menghapuskan amalan orang tengah dan menyediakan lesen langsung kepada individu dan usahawan ternakan ikan," tambahnya.

Hari ini, menurut beliau, Pulau Pinang mempunyai sebanyak 309 ladang ikan, meningkatkan pengeluaran domestik kasar kebangsaan kepada lebih RM1.2 bilion pada 2015.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS