Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Deepavali dicemari kenaikan kos, perkauman dan fitnah'
Diterbitkan:  Oct 27, 2016 12:46 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

Sambutan pesta cahaya Deepavali tahun ini tercemar dengan kekurangan bekalan minyak masak berikutan penghapusan subsidi, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Harga minyak masak akan naik seperti komoditi asas dan perkhidmatan lain seperti kadar tol," katanya dalam perutusan Deepavali hari ini.

Lim berkata janji kemakmuran ekonomi negara untuk rakyat telah dirampas oleh skandal RM52 bilion 1MDB dan isu ‘derma’ RM4.2 bilion.

Beliau juga menyalahkan pelasanaan cukai barangan dan perkhidmatan yang membebankan oleh kerajaan persekutuan sebagai antara faktor yang mempengaruhi kesuraman sambutan tahun ini.

"Walau bagaimanapun, fakta ini diselindungi bukan hanya dengan tindakan perkauman dan pelampau agama tetapi juga dengan pembohongan mengenai kelesuan ekonomi Pulau Pinang," kata Lim.

Beliau menafikan bahawa pelabur melarikan diri atau mengurangkan pelaburan mereka di Pulau Pinang.

Lim juga memaparkan jadual yang menunjukkan perbandingan tempoh lapan tahun dari 2008-2015 dengan 2000-2007, di mana pelaburan di sektor pembuatan Pulau Pinang meningkat sebanyak 87 peratus kepada RM54.9 bilion daripada RM24.9 bilion.

Peluang pekerjaan juga meningkat sebanyak 17 peratus kepada 128,317 daripada 106,583, katanya.

Katanya, kadar pengangguran bagi Pulau Pinang adalah antara yang terendah di negara ini, iaitu pada 1.6 peratus.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS