Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kebakaran hospital: DAP desak tubuh suruhanjaya diraja

DAP menuntut kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat insiden kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru beberapa hari yang lalu.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, jawatankuasa bebas itu perlu ditubuhkan bagi menyiasat sekali gus memberi pengajaran penting agar ia tidak berulang.

Malah, siasatan tersebut juga perlu bebas dari campur tangan pihak luar.

"Kami meminta kerajaan menubuhkan RCI terhadap insiden Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Adalah penting selain daripada penyiasatan jabatan-jabatan, satu suruhanjaya diberikan tugasan, kebebasan (campur tangan) dari luar, dihormati, diberikan kuasa untuk memberi cadangan tentang apa akan berlaku kepada semua hospital dan juga struktur serta cara kita mengendalikan hospital.

"Salah satu aspek ialah perkhidmatan sokongan hospital," kata Liew semasa sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi Selasa lalu, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar, manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan.

Tiga kakitangan hospital itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Sehari selepas itu, kepulan asap pula dikesan di bilik pembedahan hospital yang sama akibat lintar pintas.

Satu pasukan petugas pelbagai agensi telah ditubuhkan untuk menyiasat kebakaran itu.

Lihat Komen
ADS