Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
NGO gesa Pulau Pinang perkasa dasar penerokaan bukit

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Lim Mah Hui mahu kerajaan negeri untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai dasar pembangunan bukit di pulau mutiara itu.

Lim yang juga ahli yang lantang mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Penang Forum juga mahu kerajaan negeri memperhebatkan keupayaan pemantauan dan penguatkuasaan.

Pada Isnin ini, Penang Forum akan melancarkan sistem 'Citizens Hill Watch' dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan serta MBPP untuk melindungi kawasan bukit berhutan, umum Lim.

"Penerokaan haram ke atas hutan dan tanah bukit oleh pemaju dan petani adalah serius.

"Pembinaan bangunan secara berlebihan di atas tanah bukit mengancam pembangunan mampan," ujar Lim semasa mesyuarat MBPP, hari ini.

"Pulau Pinang sepatutnya menjadi negeri yang lebih bersih, lebih hijau tetapi kadar menceroboh dan meneroka tanah bukit dan hutan tidak menyokong objektif yang dinyatakan," jelasnya.

Lim merujuk kepada statistik terkini Jabatan Perhutanan yang menunjukkan Pulau Pinang hanya mempunyai 7.4 peratus tanah hutan dengan enam peratus daripadanya adalah hutan simpan yang dilindungi.

Tambah beliau, kawasan bukit dan hutan di negeri itu terjejas teruk walaupun Pulau Pinang melaung-laungkan slogan "Pulau Pinang yang lebih bersih, lebih hijau".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS