Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan 5 Nov: Polis terima notis baju merah
Diterbitkan:  Oct 27, 2016 5:05 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

Polis telah menerima notis daripada Kumpulan Baju Merah dua hari lepas bagi penganjuran satu perhimpunan di Dataran Merdeka di sini pada 5 November depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan itu bagi membincangkan tindakan dan tujuan perhimpunan dilakukan.

Katanya pihaknya tiada halangan bagi mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan selagi mematuhi peruntukan undang-undang dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).

"Kalau nak buat apa jua perhimpunan, buatlah kerana Akta Perhimpunan Aman memberi kebenaran untuk kita untuk berhimpun atau protes tetapi mestilah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Graduasi Peserta Kursus 'Service Excellence Delivery In Action' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya masih belum menerima notis daripada penganjur Bersih 5 yang mahu mengadakan perhimpunan pada 19 November depan.

Katanya tindakan akan diambil terhadap penganjur perhimpunan yang tidak memberi notis.

- Bernama

Lihat Komen
ADS