Paling Popular
Terkini

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar Serting Hilir-Pulapol Air Hitam, Jempol malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor, dalam satu kenyataan berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, kereta yang dinaiki suami isteri itu bersama seorang anak perempuan mereka telah dirempuh oleh kereta yang hilang kawalan yang datang dari arah bertentangan.

Pasangan suami isteri itu maut ditempat kejadian manakala anak perempuan mereka yang duduk di belakang mengalami cedera ringan, manakala pemandu sebuah lagi kereta cedera parah.

Mangsa yang maut ialah Nasrudin A Ghani, 53, yang merupakan pembantu am rendah Pulapol Air Hitam dan isterinya Noridah Ahmad, 49.

Mengulas lanjut, Noorzainy berkata kejadian berlaku dijalan lurus dan beralun manakala cuaca adalah baik.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pengawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jempol Mohd Fahmi Abdullah berkata pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu.

Katanya seramai tujuh anggota telah dikerah ke lokasi kejadian.

- Bernama

Lihat Komen
ADS