Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawainya yang didakwa memukul isterinya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan semalam berkata ia bersedia memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan polis yang dibuat mengenai dakwaan wanita itu.

"SPRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya terbukti bersalah," kata kenyataan itu.

SPRM juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS