Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan polis ke atas Husni tak sah, kata Wan Azizah
Diterbitkan:  Nov 1, 2016 2:34 PM
Dikemaskini: 6:39 AM

Siasatan ke atas Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah atas alasan kononnya beliau melanggar sumpah kerahsiaan adalah tidak mengikut perlembagaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau memetik Perkara 63 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa "Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berhubung dengan apa-apa diperkatakan [...] semasa mengambil bahagian dalam mana-mana prosiding sama ada di Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya."

Walaupun terdapat pengecualian daripada imuniti parlimen mengikut Perkara 63 (4), beliau berkata pengecualian itu berkaitan dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, dan undang-undang yang berkaitan dengan kedudukan bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, dan kedudukan raja-raja Melayu.

"Apa yang jelas ialah bahawa 1MDB yang disentuh oleh Ahli Parlimen Tambun, tetapi juga oleh Ahli Parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Ahli Parlimen Semporna (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Akta Hasutan.

"Akta Rahsia Rasmi 1972 juga tidak terpakai dalam keadaan ini, dan hanya dalam situasi di mana dokumen yang merupakan rahsia rasmi kerajaan terdedah.

"Perlindungan di bawah Perkara 63 adalah perlu untuk memastikan demokrasi sebenar di Parlimen, dan jika keistimewaan dan kebebasan itu dicabuli oleh mana-mana ahli parlimen, beliau hanya boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk tindakan lanjut.

"Perbincangan mengenai 1MDB adalah sesuatu yang mempunyai kepentingan negara kerana ia adalah skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia, dan perlu diberi ruang untuk perbincangan, terutama di Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS