Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahathir ke parlimen, pertama kali sebagai pembangkang
Diterbitkan:  Nov 8, 2016 11:05 AM
Dikemaskini: 5:54 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ke parlimen untuk menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.

Ini pertama kali pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menjejakkan kaki ke bangunan itu sebagai pembangkang.

Ini juga mungkin kehadiran pertama beliau ke parlimen sejak berundur sebagai perdana menteri 13 tahun lepas, pada 2003.

Turut hadir Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Ketua Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lebih 30 orang anggota parlimen pembangkang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak kelihatan.

Lihat Komen
ADS