Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tak akan hadir konvensyen HARAPAN, Sabtu ini

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mengesahkan parti itu tidak akan menghadiri konvensyen Pakatan Harapan pada minggu ini kerana sudah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Konvensyen kita tak terlibat dengan Pakatan Harapan, jemputan mereka itu hak mereka (nak hantar pada PAS).

“Tapi bagi pihak parti kita tak menyertai himpunan atau konvensyen Pakatan Harapan sebab kita bukan sebahagian dari mereka,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen.

Katanya PAS hanya menjalinkan kerjasama dengan PKR dan bukannya HARAPAN memandangkan DAP turut berada di dalam gabungan itu.

“PAS bukan kerjasama dengan Pakatan Harapan, ini bukan konvensyen PKR,” KATA Nasrudin ketika ditanya sebab tidak menghadiri konvensyen itu.

“Ya, kita tak hadir sebab DAP. Kita dah lama putus hubungan dengan DAP,” katanya.

Konvensyen Harapan akan berlangsung pada Sabtu ini, yang dikatakan akan memberi gambaran terhadap barisan kepimpinan pembangkang untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ia dilihat penting bagi mewujudkan persefahaman antara pembangkang demi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam pilihan raya umum.

HARAPAN turut mengundang serpihan Umno, Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS turut dalam dalam acara itu.

Sementara itu Nasrudin turut menafikan desas desus bahawa parti Islam itu ada membuat pertemuan dengan Parti BERSATU semalam bagi membincangkan soal kerjasama.

“Tidak, tidak ada (pertemuan),” katanya ringkas.

Lihat Komen
ADS