Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Padan muka Jamal, kata Ketua Wanita MCA
Diterbitkan:  Nov 16, 2016 3:07 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata adalah melucukan melihat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos cedera semasa pergelutan pada Ahad lalu.

Katanya, Jamal sering-kali menyokong keganasan terhadap lawannya dan akhirnya mendapat pembalasan.

"Adalah lucu melihat seseorang seperti Jamal, yang mahu 'berperang dan pertumpahan darah' sepanjang masa, akhirnya ditumbuk di hidung.

"Kami hanya boleh kata, padan muka dia,” kata Heng dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, polis juga perlu mengambil ancaman Jamal untuk ‘mencincang’ penyerangnya secara serius kerana ini mungkin mendorong penyokongnya untuk bertindak lebih ganas lagi.

Sebagai pemimpin Umno, kata Heng, Jamal mencabuli semangat BN yang menyokong keamanan, keharmonian dan perpaduan.

"Beliau bertindak seperti pembangkang atau kumpulan pro-pembangkang yang tidak melakukan sesuatu yang konstruktif tetapi sebaliknya mewujudkan huru-hara serta menjejaskan imej BN dan negara," katanya.

Heng berkata daripada membantu, Jamal menarik perhatian dan mewujudkan simpati orang ramai terhadap "wanita yang tidak berdaya" seperti Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

"Wanita MCA ingin menggesa Jamal berhenti menakutkan orang ramai, terutamanya wanita.

“Cukuplah dengan persembahan 'kejantanannya yang angkuh' dan sudah tiba masanya untuk dia belajar," kata Heng.

Ahad lalu, Jamal dan gerakan Baju Merah mengekori mengikuti Zuraida dan penyokongnya di Ampang ketika mereka mempromosikan perhimpunan BERSIH5.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS